Awasi kelibat Bent - Mancini
|
| |
MANCHESTER - Roberto Mancini memberi amaran kepada pasukannya, Manchester City bahawa kehadiran Darren Bent (gambar) di Aston Villa mampu merangsang pasukan itu untuk bangkit setelah bergelut dengan prestasi tidak menentu.
City akan berkunjung ke Villa Park dengan Gerard Houllier yang diletakkan di bawah pemerhatian, selepas persembahan buruk pasukan itu yang kini berada dalam zon penyingkiran.
Bagaimanapun, Houllier masih mendapat kepercayaan apabila lembaga peng
arah menyalurkan peruntukan 24 juta paun (RM117 juta) bagi membawa masuk penyerang England, Bent dari Sunderland, awal minggu ini.
Bent, yang menjaring gol kemenangan ketika membantu kelab lamanya menewaskan pasukan bimbingan Mancini pada awal musim, diharap mampu meledakkan jaringan apabila dia melakukan penampilan sulung di gelanggang sendiri.
Pengurus Manchester City, Mancini mengingatkan para pemainnya agar mengekalkan kedudukan mereka di kedudukan kelompok teratas liga bagi meningkatkan tekanan pasukan pesaing.
"Dia merupakan penyerang yang hebat. Dia menjaringkan banyak gol di England. Untuk kami ia sudah tentu amat sukar. Dengan Darren Bent, Villa pasti akan mempamerkan perubahan yang banyak.
"Kami dapat menyaksikan Bent merupakan pemain yang bagus. Dia telah menjaringkan satu gol dalam setiap dua perlawanan. Ia cukup bagus.
P/S
Apa cerita... Masakan boss Mancini bimbang... Kata team Man City bgs.. Apa sudah jadi..
Her,her,her...


0 comments:
Post a Comment