BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 30, 2011

puji..

Ferguson puji permainan Hernandez

SOUTHAMPTON - Alex Ferguson mengakui dia terlalu berhati-hati ketika menyusun barisan pemain sebelum menghamburkan pujian kepada bintang Mexico, Javier Hernandez yang meledakkan gol kemenangan buat Manchester United.

United bangkit untuk menewaskan pasukan bawahan, Southampton 2-1 pada pusingan keempat Piala FA, kelmarin dengan Hernandez memastikan kemenangan pasukannya.

Pemain Mexico berusia 22 tahun itu menjaringkan gol penting, seperti mana dia membantu United menang 3-2 di Blackpool sebelum ini.

"Dia hanya mempunyai satu peluang dan berjaya menjaringkan gol. Ia merupakan kejayaan yang hebat.

"Dia berjaya mengawal bola dengan baik dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang ke gawang lawan.

"Dia berjaya mempamerkan permainan yang hebat. Kami mungkin tidak mempunyai ruang yang cukup untuknya melakukan jaringan tetapi anda juga perlu memberi pujian kepada Southampton. Barisan pertahanan mereka telah beraksi dengan baik sekali,'' kata Ferguson.

Selepas melakukan perubahan pemainnya pada perlawanan tersebut, Ferguson menjangkakan barisan utamanya akan kembali beraksi dalam Liga Perdana, Khamis ini menjelang pertemuan dengan Aston Villa.

Beberapa pemain yang jarang diturunkan diberi peluang beraksi ketika menentang Southampton dan ia juga merupakan penampilan pertama penjaga gol, Anders Lindegaard.

Ferguson, bagaimanapun menegaskan, selepas ini barisan utamanya akan kembali beraksi dalam Liga Perdana bagi menghadapi Villa dan dia menjangkakan Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Patrice Evra serta Rafael da Silva akan sempat pulih daripada kecederaan kecil.

"Vida berada dalam keadaan baik. Rio juga sudah boleh berlatih, Khamis lalu. Harap-harap keadaannya bertambah baik, esok.

"Rafael turut berada dalam dalam situasi yang baik (selepas mengalami gegaran di kepalanya) Jumaat lalu. Jadi, kami sudah dapat empat pemain pertahanan kami kembali,'' kata Ferguson.

Kelmarin, United terpaksa membawa masuk Ryan Giggs dan Nani, pada separuh masa kedua dan bertukar kepada formasi yang bukan kebiasaan kelab itu gunakan.

United berjaya mengikat kedudukan selepas Richard Chaplow meledakkan gol pendahuluan buat tuan rumah pada minit ke-44.

"Kadangkala kita menyukarkan diri kita sendiri tetapi untuk bersikap lebih adil, saya mungkin terpaksa mengubah sistem seperti mana yang saya lakukan hari ini (kelmarin).

"Kami cuba menukar formasi, sudah tentu, Manchester United sudah biasa dengan sistem lama dan saya fikir itu adalah masalah kami.

"Ia langsung tidak berfungsi. Kami berjaya menguasai bola tetapi kami gagal menghadirkan ancaman kepada lawan. Kami memiliki dua atau tiga percubaan dari luar kotak penalti.

"Pada separuh masa pertama, ia tidak memberi kesan apa-apa dan jaringan tuan rumah telah berjaya membuat kami melakukan lebih baik," akui Ferguson yang menyaksikan Michael Owen menanduk masuk untuk gol penyamaan.

Sementara itu, pengurus Southampton, Nigel Adkins mengakui dia sememangnya menjangkakan Ferguson akan bertanya kepadanya mengenai pemain sayap, Alex Oxlade-Chamberlain yang berusia 17 tahun.

Pemain remaja itu menjadi sasaran United, Arsenal dan beberapa kelab utama dengan spekulasi perpindahan dari St. Mary sebelum tempoh perpindahan ditutup, hari ini.

Namun, Adkins menegaskan, kelabnya tidak menerima sebarang tawaran buat pemain itu yang dijangka diturunkan pada perlawanan menentang Exeter City dalam aksi liga, esok.

"Kami tidak mahu menjualnya. Saya fikir ia akan memberi banyak manfaat kepadanya jika diberi peluang bermain secara tetap.

"Dia mendapat bimbingan yang baik. Dia telah membuktikan kemampuannya, hari ini (kelmarin), tetapi Southampton tidak berhajat untuk menjualnya.

"Saya tidak terkejut, jika Alex bertanya mengenainya kerana dia merupakan budak yang baik. Spekulasi sentiasa akan wujud setiap kali tempoh perpindahan dibuka,'' kata Adkins

P/S

Memang dari awal aku dah agak, kemenangan dipihak MU.. Tapi first half menggeletar jugak dibuatnya.. 2nd half semuanya ok… Thanks kepada Owen dan Chicarito.., kerana Berjaya menjaringkan gol dan sekali gus membawa kemenangan untuk MAN UNUTED.. TAHNIAH..!!!!!!!!!!!!!!!

GO MAN UNITED

0 comments: