BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 13, 2011

Dah la..


Dalglish belum putus asa walau hampa kali kedua


pemain Blackpool, Dj Campbell (dua dari kanan) menyumbat gol melepasi jangkauan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina dalam saingan Liga Perdana di Bloomfield Road, Blackpool, semalam. Blackpool menang 2-1. - REUTERS


BLACKPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish akui bakal berdepan beberapa 'cabaran besar' selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Blackpool di Bloomfield Road, semalam.

Dua jaringan Gary Taylor-Fletcher dan DJ Campbell membantu Blackpool untuk mencatat kemenangan berganda ke atas Liverpool buat pertama kali sejak 1947.

Blackpool bangkit daripada ketinggalan satu gol selepas dibolosi Fernando Torres pada awal permainan, sekali gus membuktikan kemenangan mereka dengan jaringan yang sama di Anfield, Oktober lalu bukan secara kebetulan.

Ini merupakan perlawanan pertama liga dikendalikan Dalglish untuk Liverpool selepas menyepi hampir 19 tahun.

Minggu lalu, dia dilantik menggantikan Roy Hodgson untuk sementara waktu sehingga akhir musim.

Dalglish berkemungkinan terus menjawat jawatannya itu secara kekal sekiranya dia mampu memenuhi kriteria dan kehendak pengarah strategi bola sepak kelab, Damien Comolli.

Dalglish dianggap 'berkuasa menyatukan' semua pihak di Anfield yang sedang bergolak. Dia cuba untuk membaiki keadaan musim ini daripada menjadi lebih tenat, namun kekalahan kepada Blackpool seolah-olah tidak membawa sebarang perubahan, apatah menjelang pertemuan penting Merseyside menentang Everton hujung minggu ini.

"Sudah pasti kami kecewa menamatkan perlawanan ini tanpa mendapat sebarang mata," kata Dalglish selepas menyaksikan Liverpool jatuh ke tempat ke-13 dalam Liga Perdana, hanya empat mata di atas zon tiga terbawah.

"Fernando menyudahkan jaringan dengan bagus dan dan gol pertama lawan berpunca daripada kecuaian hantaran yang menewaskan Daniel Agger.

"Kita tidak bangkit selepas gol kedua, jadi ada beberapa perkara untuk kita perbaiki.

"Kita bermain mengikut cara kita dan semua pemain juga menunjukkan usaha dan komitmen masing-masing, sesuatu yang menggembirakan.

"Ia pastinya satu cabaran besar dan sangat jarang seseorang menjawat sesuatu tugas tanpa sebarang cabaran. Apa yang menggalakkan adalah sikap dan komitmen pemain-pemain."

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Dalglish selepas skuad Reds itu juga tewas 1-0 kepada Manchester United dalam Piala FA Ahad lalu.

"Dengan 10 pemain kami bermain bersungguh-sungguh menentang Manchester United pada tempoh hari, dan pujian juga untuk bagaimana kami bermain malam ini," kata Dalglish.

"Kita mempunyai beberapa petanda positif. Tapi yang lebih penting ialah memperolehi beberapa mata," tambah bekas penyerang Liverpool dan Scotland itu.

"Semakin sedaya upaya kita cuba, semakin bertuah kita akan dapat," Dalglish memetik kenyataan popular pemain golf Afrika Selatan, Gary Player.

"Setiap pasukan yang pernah mencapai kejayaan kadang-kadang perlukan tuah dan buat masa ini ia tidak menyebelahi kita.

Sementara itu, Ian Holloway menyifatkan kemenangan yang dilakar pasukannya terhadap Liverpool, sebagai paling cemerlang untuk Blackpool.

"Saya rasa ini sesuatu yang terbaik daripada yang terbaik. Selepas lawan mendahului, ia sepatutnya malam yang sangat sukar untuk kami tapi saya sangat bangga dengan pemain saya.

"Kalau anda memberitahu saya akan menewaskan Liverpool dua kali pada awal musim, saya mungkin anda 'kehilangan akal','' katanya

P/S

Sudah-sudah la Dalglish oii... Menyerah aje lah... Man Utd akan jadi Champion EPL musim ni...

Percayalah


Dalglish

0 comments: