Saudi tersingkir
DOHA, Qatar - Juara tiga kali, Arab Saudi tersingkir dengan memalukan daripada Piala Asia semalam selepas kalah kepada Jordan 1-0 pada perlawanan keduanya dalam Kumpulan B.
Saudi memecat jurulatih Jose Peseiro selepas kalah perlawanan pembukaan kepada Syria tetapi membawa masuk Nasser al-Johar bagi tempoh terajunya yang kelima, masih gagal mengubah keadaan.
Biarpun menguasai babak pertama, Arab Saudi ketinggalan pada minit ke-42 apabila penjaga gol Waleed Abdullah membenarkan lintangan leret Baha' Abdelrahman dari kiri mengapung atas kepalanya dan menuju sudut gawang.
Pemain gantian, Nassir Alshamrani mempunyai satu peluang yang baik jaringan penyamaan buat Saudi pada minit ke-76 apabila dia menembusi benteng tetapi penjaga gol Jordan, Amer Shafi pantas mengadang rembatan itu.P/S
Aisey man... Arab Saudi blh kalah plk... X pe.. Walaupun begitu teruskan perjuangan mu wahai Osama Laden..


0 comments:
Post a Comment