BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 26, 2011

United








Kekuatan mental julang United

Dimitar Berbatov memuji kekuatan mental pemain Manchester United sebagai faktor utama yang membawa pasukan itu bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum menundukkan Blackpool 3-2 di Boolfield Road, semalam.

Blackpool selesa mendahului 2-0 selepas tamat separuh masa pertama, berterima kasih kepada jaringan Craig Cathcart (minit ke-15) dan DJ Campbell (43).

Namun United mempamer satu lagi kebangkitan lewat minit yang hebat apabila Berbatov dan Javier Hernandez memastikan pendahulu Liga Perdana itu mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

"Kami memiliki mentaliti yang membolehkan kami menang sekali pun ketinggalan 1-0 atau 2-0.

"Kami sentiasa berkeyakinan untuk menjaringkan gol, malah kami mampu menjaringkan lebih banyak gol. Babak pertama tidak begitu baik buat kami tetapi, kami mengatasi rintangan dan di separuh masa kedua, kami mengharungi permainan yang baik.

"Ia agak sukar pada separuh masa pertama kerana padang tidak begitu bagus, kualitinya tidak sama seperti di Old Trafford. Bola kerap melantun dan pemain-pemain Blackpool pula bermain baik serta menjaringkan beberapa gol, mungkin mereka boleh menjaringkan lebih banyak tetapi kami berjaya menangani keadaan dengan baik,'' ujar Berbatov, yang telah menjaringkan 20 gol buat United setakat ini.

United tampak tidak menjadi sehinggalah pengurus mereka, Alex Ferguson menggantikan penyerang England, Wayne Rooney dengan Hernandez ketika permainan hampir tamat, dan Hernandez membuktikan kemasukannya membawa perbezaan besar.

Ketika saingan tinggal 18 minit untuk ditamatkan, Berbatov memecah kebuntuan dengan merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-72, sebelum Hernandez berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-74, diikuti gol kemenangan Berbatov di minit ke-88.

"Pertukaran pemain telah merubah perlawanan. Pengalaman (Ryan) Giggs dan hantaran silangnya yang cantik, selain gol dari Chicharito (Hernandez) membangkitkan semangat pasukan.

"Saya harap ini bukanlah aksi bola sepak terbaik dalam karier saya, harap lebih banyak yang hebat akan datang tidak lama lagi. Saya amat gembira menyarung jersi Manchester United,'' Berbatov.

P/S

Sungguh berbaloi aku tunggu pagi semalam (03.00 am).. MU menang..!!! Tak sia-sia aku bangun untuk tengok game tu.. First half agak membosankan la jugak.., sebab MU 2-0.. 2nd half baru la seronok tengok.. Aku tak sangka, MU boleh kejar.. Last-last menang 3-2..

YES-YES

0 comments: