Juara 18 kali itu yang akan melayan kunjungan Birmingham malam ini, dilihat tidak begitu tajam dalam usaha merangkul kejayaan selepas peluang itu dinafikan Chelsea musim lalu.
Selepas seri tanpa jaringan dengan Tottenham Ahad lalu, hanya perbezaan jaringan menjadi pemisah antara United dengan Manchester City yang bermain lebih dua perlawanan. Skuad Red Devils hanya mempunyai baki satu perlawanan berbanding Arsenal yang ketinggalan dua mata di belakang.
“Sudah tentu kami mahu bermain di tahap terbaik kerana ia memberi peluang untuk muncul juara,” kata pemain tengah United, Michael Carrick. “Anda tentunya tidak mahu bergelut pada setiap perlawanan dan bergantung kepada keajaiban pemain tertentu untuk menang. Kami mahu bermain baik secara konsisten. Kami mensasarkan untuk menamatkan musim di tangga teratas.” Bulan lalu, United diikat 1-1 oleh Birmingham selepas gawang kelab gergasi Inggeris itu dibocori Lee Bowyer pada lewat permainan.
“Kami tahu tidak menunjukkan aksi sepatutnya,” kata Carrick. “Namun, semua pemain mempunyai semangat untuk berbuat demikian. Apabila tidak bermain baik, anda akan cuba mencari jalan untuk menang.” Jika tidak, kebangkitan City sejak akhir-akhir ini mampu mengundang kejayaan liga yang pertama buat kelab itu sejak 1968. City yang akan menentang Aston Villa malam ini, sudah menjaringkan 10 gol dalam tiga perlawanan terakhir berbanding hanya tiga gol yang diperoleh United.
“Setiap kali menang, kami selangkah lebih dekat dengan gelaran,” kata pemain sayap City, Adam Johnson. “Saya percaya pasukan kami tidak berupaya mengekalkan jumlah jaringan sebegitu. Kami masih perlu beraksi di Old Trafford dan United pula masih perlu mengharungi perlawanan yang sukar.”
P/S
Takpe.. Malam ni Manchester United akan main bersungguh-sungguh.. Tunggu saje berita kemenangan..
Hidup Man United..


0 comments:
Post a Comment