Ferguson turunkan Rooney
LONDON - Sir Alex Ferguson sudah bersedia untuk menurunkan Wayne Rooney apabila menentang Tottenham esok, ketika Manchester United mahu melebarkan rekod 23 perlawanan tanpa kalah ke atas lawan mereka dari London itu.
Rooney tidak beraksi ketika United memenangi perlawanan Piala FA ke atas Liverpool di Old Trafford akibat cedera pergelangan kaki, tetapi dia dijangka cergas apabila United beraksi di White Hart Lane, ketika pasukan itu mahu mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga.
United kalah kepada Spurs pada Mei 2001. Skuad Redknapp kini di tangga keempat liga, lapan mata di belakang United, yang belum kalah dalam saingan liga.
Ferguson juga dijangka mendapatkan semula Rooney dan Nemanja Vidic kembali ke dalam skuad utama United, ketika Spurs cuba membalas dendam kekalahan 0-2 di Old Traffod pada Oktober lalu, pada perlawanan yang menyaksikan jaringan kontroversi Nani menjadi tajuk utama.
Namun, tiada peluang buat bekas ikon Manchester United, David Beckham membuat kemunculan semula menentang bekas kelabnya.
Beckham, yang menjalani latihan bersama Spurs minggu ini, belum lagi mendapat restu pinjaman jangka pendek daripada Los Angeles Galaxy.
Redknapp berkata, bekas ketua pasukan England itu tidak akan beraksi sekali pun jika perjanjian berjaya dicapai sebelum esok.
P/S Beckhem.. ,kamu dok baik-baik.. Jangan harap la kamu nak perform masa Spurs lawan Man Utd nanti... Lagipun Mam Utd yang akan menang..

0 comments:
Post a Comment