Gelaran Eropah penyelamat maruah
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menegaskan, hanya kejayaan dalam Liga Juara-juara Eropah mampu menyelamatkan maruah pasukannya selepas impian menjuarai Piala FA buat kali ketiga berturut-turut lebur apabila kecundang di tangan Everton menerusi penentuan sepakan penalti, kelmarin.
Skuad juara bertahan Ancelotti itu tersingkir 4-3 menerusi penalti selepas terikat 1-1 menentang Everton dalam pusingan keempat di Stamford Bridge.
Dengan Chelsea berada 12 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester United, The Blues - yang juga terdesak untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik - kini perlu menjulang Liga Juara-juara untuk mengelak daripada menamatkan musim ini dengan tangan kosong.
Chelsea akan bertemu FC Copenhagen dalam perlawanan pertama peringkat kalah mati di Denmark pertengahan minggu ini, dan Ancelotti tetap yakin bahawa musim ini masih belum berakhir.
"Kami perlu bangkit untuk menghadapi perlawanan seterusnya, Liga juara-juara. Ia tidak mudah tetapi kami masih ada masa dan kami perlu segera bangkit daripada kekalahan ini secepat mungkin, bangkit secara mental.
"Setiap kali apabila pasukan tidak mendapat keputusan yang diingini, pastinya pengurus berdepan tekanan tetapi tidak untuk saya kerana mendapat sokongan hebat daripada kelab, pemain dan kami semua akan bersama meneruskan cabaran,'' kata Ancelotti.
Penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres yang tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Everton dijangka beraksi menentang Copenhagen.
Dengan Manchester United dijadual bertandang ke Stamford Bridge pada minggu seterusnya, Ancelotti berharap dua perlawanan penting akan datang mampu mempamerkan keupayaan sebenar pasukannya.
"Rabu depan, kita boleh menggunakan Fernando Torres dan pastinya kita akan mendapat banyak peluang untuk membuat jaringan. Saya fikir kita boleh habiskan saingan liga sebagai empat pasukan terbaik, jelas ini tidak mudah namun ada baiknya kita bermain dalam perlawanan sukar kerana kita lebih fokus.
"Kami tidak perlu gentar berdepan Copenhagen mahupun Manchester United. Saya fikir musim ini masih bagus kerana kami masih kekal dalam Liga Juara-juara dan kami mahu menjuarainya. Adalah sesuatu yang hebat bergelar juara berganda musim lalu, tahun ini kami tidak berada pada prestasi itu tetapi kami bekerja lebih keras,'' katanya lagi.
Dalam penentuan sepakan penalti kelmarin, Phil Neville menghasilkan jaringan kemenangan selepas Nicolas Anelka dan Ashley Cole gagal menyempurnakan sepakan masing-masing. Terdahulu, kemenangan dilihat hampir berpihak kepada tuan rumah selepas Frank Lampard memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-104 namun dikejutkan Leighton Baines pada minit-minit akhir masa tambahan.
P/S
Ak musykil la dengan team Chelsea ni.. Mampu ke…??? Sedangkan lawan dengan team Everton pun korang boleh kalah…!!!!!!!!!!!
Ha,ha,ha..

0 comments:
Post a Comment