BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 2, 2011

YES..



Rooney kembali gegar gawang

Sir Alex Ferguson percaya Wayne Rooney kini sudah menemui semula sentuhan jaringannya, selepas penyerang England itu menjaringkan dua gol ketika Manchester United menang 3-1 ke atas Aston Villa di sini, kelmarin.

Rooney tidak lagi menjaringkan gol di Old Trafford sejak kemenangan 2-1 ke atas Liverpool pada Mac lalu, sebelum dia mengalami kecederaan pergelangan buku lali pada perlawanan di Bayern Munich.

Penyerang itu hanya menjaringkan lima gol setakat ini ketika United masih berkelebihan lima mata di tangga teratas Liga Perdana dan kemenangan terbaru kelmarin, menyamai rekod kelab iaitu 20 perlawanan tanpa kalah, yang dicatat ketika mereka memenangi kejuaraan treble pada musim 1998/99.

Ferguson menegaskan, dia tidak pernah meragui Rooney akan kembali menemui sentuhan gol dengan berkata: “Jaringan gol sentiasa membantu penyerang yang masih dahagakan untuk bermain.

“Ia adalah faktor penting, dia adalah pemain yang tidak pernah berhenti daripada mencuba. Kini dia mendapat ganjaran daripada apa yang diusahakannya,’’ kata Ferguson.

Rooney membuka jaringan ketika perlawanan bermula tidak sampai seminit, sebelum menambah gol kedua sebelum rehat.

Bent membalas satu jaringan untuk Villa sebelum minit ke-60, namun Nemanja Vidic mengukuhkan kedudukan United dengan jaringan ketiga, lima minit kemudian.

Pengurus Villa, Gerard Houllier percaya Rooney akan membawa United ke satu tahap lagi, jika dia boleh mengekalkan prestasi yang ditunjukkan di Old Trafford kelmarin.

“Dia memberikan kelainan, jaringannya akan memberikan dia keyakinan. United berupaya mencatat banyak kemenangan dan kekal tanpa kalah tanpa Rooney.

“Dengan kehadirannya, dia berada pada tahap terbaik permainannya ketika menentang kami.

“Dia memiliki segala-galanya, dia boleh mengawal bola, dia bijak melakukan hantaran, dia bertahan dan dia bekerja keras.

“Selepas cedera dan kembali, ia agak sukar kerana lazimnya anda sentiasa kelihatan bagus dan kini dia kembali ke prestasi asalnya,’’

P/S

Tidak sia-sia aku bangun pada awal pagi (04.00)..

GO MU..

0 comments: