Chicharito peledak ajaib United
Jika Manchester United berjaya mengesahkan kejuaraan ke-12 Liga Perdana Mei ini, ia adalah gambaran terhadap keupayaan pengurus Alex Ferguson membawa masuk Javier Hernandez sejak hampir setahun lalu, yang menjadi kunci untuk merampas kejuaraan daripada Chelsea.
Pada musim pertamanya dalam Liga Perdana, penyerang Mexico itu atau nama jolokannya Chicharito telah membuktikan 'jika anda memberikan dia peluang menghidu gol, dia pasti akan menjaringkan gol'.
Pemain berusia 22 tahun itu memiliki nisbah jaringan yang tinggi dalam setiap percubaan tepat.
Selepas meledak dua gol ketika United menang 4-0 di Wigan Athletic kelmarin, statistik mendedahkan Hernandez menjaringkan sembilan gol daripada hanya 13 percubaan tepat.
Jaringannya di Stadium DW kelmarin membantu United memiliki kelebihan empat mata di tangga teratas liga ketika baki 11 perlawanan.
Hernandez menyertai United pada April 2010, dengan kelab Liga Perdana England itu dilaporkan membayar 7 juta pound kepada kelab Mexico, Guadalajara.
Ferguson kemudiannya menyedari skuad peninjau kelabnya telah berjaya menjimatkan berjuta-juta pound wang kelab tersebut kerana mengenal pasti pemain itu sebagai sasaran utama perpindahan sebelum dia menyinar pada Piala Dunia di Afrika Selatan.
Keupayaannya menyudahkan setiap peluang gol begitupun 'hilang' pada pandangan Ferguson, apabila jurulatih itu menggunakan dia sebagai pemain simpanan.
Daripada 18 penampilannya dalam Liga Perdana, hanya lapan perlawanan Hernadez diturunkan sebagai kesebelasan utama.
"Apabila dia mendapat peluang gol, dia tidak akan mempersia-siakannya, peratusan untuk dia menjaringkan gol sangat tinggi,'' kata Ferguson selepas dia memilih Hernandez berganding dengan Wayne Rooney di bahagian serangan ketika menentang Wigan.
Penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov, penjaring terbanyak liga setakat ini dengan 19 gol, kini terpaksa bersaing untuk mendapat tempat dalam skuad utama selepas Hernandez membuktikan betapa dia memiliki sentuhan klinikal.
Ferguson mengakui aksi United kelmarin 'kaku' sebelum Hernandez menjaringkan gol pada minit ke-17 dengan penyudah bijak hasil hantaran lintang Nani.
Hernandez juga membuktikan betapa dia mampu membentuk gandingan mantap dengan Rooney, selepas penyerang England itu membuka laluan untuk gol kedua.
"Permainan hebat daripada Chicharito, begitulah bagusnya dia. Dia memiliki kelebihan menakjubkan apabila berada di dalam kawasan penalti,'' kata Ferguson.
P/S
Tidak sia-sia ambil player ni.. GOOD JOB MEXICAN BOY..
GOOD JOB..


0 comments:
Post a Comment