BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

NANTIKAN..

United kaku di Stade Velodrome

Alex Ferguson mengakui keputusan 0-0 menentang Marseille, kelmarin meninggalkan igauan buruk kepada pasukannya, namun kekal optimis menjelang perlawanan timbal balik nanti.

United dipaksa bekerja keras, kelmarin di Stade Velodrome dan menemui kebuntuan dalam misi pencarian gol 'tempat lawan', yang nyata amat diperlukan untuk meletakkan mereka selesa apabila melayan kunjungan Marseille di Old Trafford pada 15 Mac ini.

Meskipun Ferguson sempat memuji persembahan gandingan Nemanja Vidic dan Chris Smalling di bahagian tengah pertahanan, jelas kekecewaan terpancar pada wajahnya ketika menghadiri sidang akhbar selepas perlawanan.

"Menjaringkan gol di tempat lawan adalah penting dan kita tidak berjaya melakukannya. Jadi ia sesuatu yang amat mengecewakan.

"Keputusan ini adalah adil. Marseille tidak begitu mengancam. Mereka hanya dapat satu cubaan tepat ke gol.

"Dua pemain pertahanan kami amat cemerlang. Dalam separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menafikan satu sama lain. Tiada apa-apa yang berlaku dalam perlawanan ini, ia bukan satu permainan yang bagus untuk ditonton," ujar Ferguson.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, United sentiasa mengamalkan kaedah mendapatkan gol 'tempat lawan' dan bertahan dengan jurang kecil dalam perlawanan Eropah, malah Ferguson memuji Marseille kerana menyekat pasukannya daripada bermain rentak biasa.

"Hantaran kami biasanya banyak, lebih kemas dan saya berpendapat keadaan padang tidak bagus berbanding dengan standard yang sepatutnya.

"Marseille harus dipuji kerana menekan kita dengan baik dan tidak memberikan kita peluang menguasai bola. Tapi di gelanggang kita sendiri, kita pasti akan lebih dominan," katanya.

Pengurus Marseille, Didier Deschamps yang mengutamakan kepentingan pasukannya tidak dibolosi, amat berpuas hati dengan keputusan perlawanan dan lebih-lebih lagi berjaya menghalang United daripada mendapatkan gol 'tempat lawan'.

"Kita sudah 50 peratus melengkapkan perjalanan, tanpa dibolosi, dan ia sudah cukup penting.

"Pada babak pertama, kedua-dua pasukan bersaing sengit. Kita memiliki permulaan yang bagus pada babak kedua, untuk selama 25 minit, apabila kita mendapat beberapa situasi bagus yang bagaimanapun tidak diterjemahkan kepada peluang.

"Sepanjang tempoh itu, kita meletakkan lawan dalam keadaan tertekan dengan permainan menyerang dan mampu juga menjaringkan satu, dua gol.

"Tapi menjelang akhir perlawanan, perlawanan menjadi lebih sukar dengan Manchester menukar kepada system 4-4-2.

"Adalah bagus untuk kita bertahan dengan mantap dan kita perlu meneruskannya di Old Trafford," kata Deschamps.

Ferguson mengenal pasti penyerang Andre-Pierre Gignac, yang terlepas aksi kelmarin dan pemain sayap, Matthieu Valbuena, yang dimasukkan pada lewat babak permainan sebagai gantian, sebagai dua pemain bahaya yang perlu diberi perhatian pada perlawanan timbal balik nanti.

United pastinya juga berharap mendapat kembali khidmat pemain-pemain utama seperti Rio Ferdinand dan Ryan Giggs dalam pertembungan di Old Trafford dan Ferguson tidak kisah bagaimana skuadnya layak ke suku akhir.

"Sebarang keputusan 0-0 pada peringkat ini adalah mengecewakan, dengan gol 'tempat lawan' diambil kira.

"Namun, dengan kita bermain di gelanggang sendiri, kita memiliki peluang cerah. Apa yang kita perlu lakukan ialah menang perlawanan itu, saya tidak kisah kalau ia berakhir dengan 10-9," katanya.

P/S

Tidak mengapa.. Still ada 90 minit lagi untuk menggapai kemenangan.. Tambahan pula, nanti perlawanan `timbal balik`akan berlangsung di Stadium Old Traford. Stadium keramat pasukan MANCHESTER UNITED..

NANTIKAN

0 comments: