Drogba gagal menyerlah
Didier Drogba gagal menjaringkan sebarang gol walaupun Ivory Coast berjaya menewaskan Mali 1-0 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung dalam keadaan tegang, semalam
Dider Ya Konan menjaringkan gol tunggal perlawanan seawal minit ketiga, untuk menghadiahkan kemenangan buat Ivory Coast, yang meraikan kepulangan semula Drogba di pentas antarabangsa selepas pemain itu meminta rehat panjang sejurus berakhirnya Piala Dunia, tahun lalu.
Biarpun muncul wira pasukannya, namun Ya Konan terpaksa meninggalkan padang dengan menggunakan pengusung selepas diterjah keras oleh pemain lawan.
Perlawanan juga terpaksa dihentikan kira-kira 12 minit apabila pergaduhan tercetus di kalangan pemain, selain berakhir dua minit lebih awal ekoran lampu limpah stadium di Valence terputus.
Kedua-dua pasukan menggunakan perlawanan semalam sebagai persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Afrika 2012.
Drogba, yang tidak bermain untuk negaranya sejak Piala Dunia tahun lalu, menerima cap antarabangsa ke-46, tetapi tidak banyak memainkan peranan. Ya Konan pula mendapat tempat dalam skuad kebangsaan selepas beraksi cemerlang di Liga Jerman bersama pasukan Hannover 96 dengan menjaringkan 10 gol daripada 19 perlawanan.
Jurulatih, Francois Zahoui mengharapkan jentera serangannya mampu lebih garang apabila menggandingkan Ya Konan dan Gervinho, sambil Drogba bertindak sebagai penyerang tengah.
P/S
Player ni.. beraksi dengan team Chelsea blh la.. Tapi kalau main untuk Negara.., macam nak tak nak je..
Hrmm..

0 comments:
Post a Comment