BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 10, 2011

Igauan..


Igauan buruk 1998 hantui Brazil

Perancis membangkitkan kembali suasana kegemilangan menjuarai Piala Dunia 1998 di gelanggang sendiri apabila jaringan tunggal Karim Benzema membantu mereka menumpaskan 10 pemain Brazil 1-0 di Stade de France, semalam.

Biarpun sudah bertukar generasi pemain setelah 13 tahun berlalu, namun Perancis terus menjadi igauan buruk Brazil selepas Benzema menyudahkan hantaran cantik Jeremy Menez pada minit ke-55 untuk mengimbas detik ketika Perancis menjulang Piala Dunia dengan mengalahkan Brazil 3-0.

Brazil bermula baik tetapi perlawanan bertukar rentak sejurus mereka kehilangan Hernanes yang dibuang padang kerana menendang Benzema pada minit ke-40.

Sebaik babak kedua bermula, Perancis, yang dalam proses memulihkan imej selepas tersingkir di pusingan pertama Piala Dunia 2010 menunjukkan semangat berpasukan yang lebih tinggi.

"Biasanya, jika 11 pemain menentang 10 keadaan akan menjadi lebih mudah tetapi saya tidak nampak ia begitu hari ini. Saya fikir, Karim mengharungi permainan yang hebat,'' kata jurulatih Perancis, Laurent Blanc.

Kedua-dua pasukan turun dengan harapan untuk melupakan kempen Piala Dunia 2010 yang tidak menggembirakan. Brazil disingkirkan oleh Belanda di suku akhir, namun mereka mula menunjukkan peningkatan sekalipun gagal mencari kemenangan semalam.

Perancis pula mengesahkan proses pemulihan berjalan dengan baik selepas mencatat kemenangan kelima berturut-turut. Skuad Les Bleus mengalami dua kekalahan pada peringkat awal dibimbing oleh Blanc, manakala Brazil mengalami kekalahan kedua selepas tewas 0-1 kepada Argentina, November tahun lalu.

Perancis, yang kini menerajui peringkat kumpulan pada pusingan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2012 kini akan menentang Luxembourg pada 23 Mac ini.

"Kami tidak boleh terlalu teruja. Ada perlawanan lebih penting selepas ini iaitu menentang Luxembourg. Selepas mengalahkan England dan sekarang Brazil, kami kini berada di landasan yang baik,'' kata penjaga gol Perancs, Hugo Lloris.

Blanc turut berpuas hati dengan gandingan mantap pertahanan tengah, Adil Rami (Lille) dan Philippe Mexes (AS Roma) yang tidak membenarkan jentera Brazil membolosi gawang mereka.

Brazil mencipta peluang menerusi Alexandre Pato dan kapten, Robinho tetapi ia tidak mampu menembusi benteng tuan rumah yang begitu kental.

P/S

TAHNIAH..

0 comments: