BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

He,he,he..

Liga Juara-Juara: Bayern tumbangkan juara bertahan

Jaringan Mario Gomez pada minit akhir perlawanan mengejutkan juara bertahan Liga Juara-Juara, Inter Milan di San Siro kelmarin, sekali gus memberikan kelebihan kepada Bayern Munich menjelang perlawanan timbal balik di Munich dua minggu lagi.

Dengan kemenangan itu, Bayern kini berpeluang cerah menebus kehampaan musim lalu selepas ditewaskan juara Itali itu pada perlawanan akhir.

Penjaga gol Inter, Julio Cesar gagal mendakap kema

s rembatan jarak jauh Arjen Robben dan Gomez dengan pantas menyambar lantunan bola itu untuk ditolak ke dalam gawang pada minit

ke-90.

Inter berdepan ujian getir bertandang ke Munich bagi mengelakkan diri daripada tersingkir awal.

Dalam pertembungan pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir malam kelmarin, Bayern yang tewas 0-2 kepada Inter yang ketika itu dilatih Jose Mourinho, kelihatan lebih mengancam sepanjang permainan biarpun tuan rumah juga mencipta beberapa pelaung.

''Inter mengejutkan saya. Mereka bermain untuk menang dan mutu permainan yang dipamerkan sangat cantik. Seluruh dunia menyaksikan perlawanan hebat dan saya berpendapat penyokong kedua-dua pasukan patut berasa puas dengan perlawanan ini.

''Ini bola sepak sebenar dan mendapat kepuasan menerusi sukan ini. Dalam perlawanan akhir tahun lalu, mereka kurang menyerang seperti hari ini tapi masih mendapat keputusan cemerlang. Tapi inilah bola sepak," jurulatih Bayern, Louis Van Gaal memberitahu pemberita.

Inter memilik peluang awal apabila sepakan percuma yang diambil pemain pertahanan Andrea Ranocchia tersasar dan Bayern kemudiannya tampak lebih bahaya.

Luiz Gustavo juga dua kali nyaris membuka jaringan sementara Franck Ribery yang kerap mengancam kubu lawan apabila bola berada di kakinya sekadar menggegar palang.

Bek kanan Inter, Maicon juga mempunyai peluang terbaik pada waktu kecederaan separuh masa pertama apabila dia sekadar melepaskan rembatan yang jauh tersasar, meskipun tiada halangan daripada lawan.

"Bayern memiliki penguasaan bola tapi peluang kita lebih banyak daripada Bayern." kata jurulatih Inter, Leonardo.

P/S

Tahniah aku ucapkan…!! Kalau ada rezeki kita jumpa nanti MU vs Bayern Munich.. He,he,he..

0 comments: