Gunners terus kemarau kejuaraan
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, kekalahan mengejut pasukannya kepada Birmingham City dalam final Piala Liga Inggeris kelmarin, menjejaskan peluang mereka dalam memburu tiga lagi kejuaraan lain musim ini.
"Semua berasa hampa di dalam bilik persalinan, pemain-pemain rasa segala-galanya sudah musnah.
"Saya juga berduka sama seperti seluruh pasukan. Kami hadapi sedikit masalah sebelum permainan bermula, jumlah perlawanan yang kami harungi sedikit sebanyak menjejaskan kami," kata Wenger.
Dengan kekalahan kelmarin, Gunners yang kali terakhir menjulang kejuaraan pada 2005, sekali lagi dikritik kerana kekurangan kekuatan mental dan fizikal untuk menterjemahkan bakat kepada trofi.
Jaringan kemenangan Birmingham hadir pada minit ke-89 menerusi Obafemi Martins yang menghukum salah faham di antara penjaga gol Wojciech Szczesny dan permain pertahanan, Laurent Koscielny.
Ditanya sama ada kekalahan tersebut memberi impak negatif dalam baki musim Arsenal selepas ini, Wenger menjawab: "Ya... ia boleh memberi impak. Kami berdepan banyak persoalan akibat kecuaian tersebut.
"Kami perlu membina kekuatan untuk bangkit semula bagi menunjukkan bahawa kami mempunyai kekuatan mental untuk membalasnya.
"Inilah apa yang sepatutnya sesebuah pasukan perlu ada, inilah asam garam permainan. Kami mencipta cukup banyak peluang gol untuk memenangi perlawanan ketika terikat 1-1, namun kami gagal.
"Apa yang kita capai setakat ini adalah menakjubkan, hanya satu kekalahan dalam 18 perlawanan dan hanya kalah pada minit terakhir."
Arsenal akan menentang kelab divisyen tiga, Leyton Orient dalam perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA di Emirates esok dan sekiranya mara, akan bertemu Manchester United pada suku akhir.
Pada 8 Mac pula, Gunners akan berkunjung ke Barcelona dengan harapan untuk mempertahankan kelebihan 2-1 pada perlawanan timbal balik pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, selain mengintai peluang memintas United yang meneraju Liga Perdana dengan kelebihan empat mata.
P/S
Perkara macam ni memang dari awal aku dah jangka akan berlaku.. Jangan gelabah.., MANCHESTER UNITED akan menjuarai liga (RPL) tahun ni.. Tunggu dan lihat sahaja lah..
GO MU..


0 comments:
Post a Comment