BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 12, 2011

Kukuh

Rooney kukuh kedudukan United

Wayne Rooney mempamerkan kemahiran permainan paling tinggi apabila melakukan sepakan akrobatik untuk membantu kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Manchester City di Old Trafford, semalam.

United mendahului permainan menerusi pemain Portugal, Nani pada babak pertama, namun kedudukan itu tidak lama apabila kaki David Silva terkena bola rembatan Edin Dzeko ke gawang tuan rumah untuk mengikat kedudukan 1-1.

Namun, jaringan Rooney pada babak kedua perlawanan memastikan United selesa untuk mengatasi lawan tradisi mereka, semalam.

Jaringan keenam Rooney itu meletakkan United selesa dengan perbezaan tujuh mata dengan Arsenal di tangga kedua liga yang menentang Wolves awal pagi dan kelebihan lapan mata mengatasi City yang menghuni tempat ketiga.

City yang menunjukkan kebangkitan pada babak kedua permainan memperoleh peluang mendahului menerusi Silva yang berganding secara satu dua dengan Tevez, namun rembatannya jauh tersasar.

Pelawat hampir mendahului perlawanan pada babak awal apabila hampir sahaja menerima sepakan penalti sebaik bola terkena tangan Patrice Evra, namun pengadil perlawanan, Andre Marriner menafikannya.

Namun, anak-anak buah Ferguson terlebih dahului bangkit dengan jaringan Nani pada minit ke-41 dengan sentuhan mudah ke kanan gawang gol.

Gol berpunca daripada gerakan Rooney yang melorong bola ke Ryan Giggs yang pantas mengumpannya ke Nani yang bijak memperdaya penjaga gol lawan dengan sepakan rendah.

City bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-65.

Shaun Wright-Phillips menghantar bola tinggi ke Dzeko, sebelum penyerang gantian dari Bosnia itu merembat ke gawang tetapi terkena kaki Silva.

Permainan yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling membalas serangan itu akhirnya menemui noktah apabila Rooney mempamerkan aksi menakjubkan untuk meletakkan United di depan pada minit ke-78.

Sepakan lambung Nani ke arah penyerang England itu pantas disambut dengan gaya akrobatik sebelum merobek gawang City.

P/S

Aku dah agak yang MU akan menang punya.. Tapi `cuak` jugak la ak tengok MU main malam tadi.. Alhamdulillah akhirnya kemenangan berpihak kepada MU jugak.. Ha,ha,ha..

SHABAS MAN UNITED..

0 comments: