Fernando Torres menegaskan dia tidak langsung terganggu dengan prospek kemunculan sulung bersama pasukan baru Chelsea yang akan menentang bekas kelabnya Liverpool, Ahad ini.
Torres mencatat perpindahan termahal England dengan bayaran 50 juta pound (RM245 juta) dari Liverpool ke Stamford Bridge sebelum berakhir tempoh perpindahan pemain dan penyerang Sepanyol itu dijangka akan membuat kemunculan pertama untuk Chelsea yang akan menentang bekas rakannya dari Anfield pada hujung minggu ini.
Rekod perpindahan termahal di Britain yang dibayar oleh Chelsea untuk Torres, menyebabkan kemarahan segelintir penyokong Liverpool membakar jersi yang tertera nama penyerang Sepanyol itu, ketika berita bahawa perjanjian telah dimeterai di Merseyside.
Torres menyedari bahawa dia bakal bersemuka dengan bekas kelabnya Liverpool terlalu awal dalam kariernya di Chelsea, namun penyerang berusia 26 tahun itu sudah bersedia untuk pertembungan di Bridge, walaupun dia bakal diejek oleh penyokong Reds.
“Inilah takdirnya. Ia tidak sempurna buat saya, tetapi kita akan lihat apa akan berlaku dan saya hanya bercakap yang baik sahaja mengenai Liverpool.
“Mereka menjadikan saya pemain terkemuka dan memberikan saya peluang untuk beraksi pada peringkat tinggi.
“Saya tidak akan berkata yang buruk mengenai Liverpool. Saya amat gembira di sana, tetapi kini sejarah sudah berbeza dan saya beraksi untuk Chelsea.
“Saya berpeluang untuk bermain, saya akan melakukan yang terbaik untuk Chelsea dan berharap saya boleh menjaringkan gol,’’ kata Torres.
Ketika Torres menikmati saat gembira sepanjang di Liverpool, dia mengakui mula berfikir untuk meninggalkan Anfield pada hujung musim lalu, selepas kelabnya gagal layak ke Liga Juara-Juara.
Bekas bintang Atletico Madrid itu berharap untuk memenangi trofi kejuaraan apabila berpindah ke Anfield, namun kabinet trofi beliau masih kosong selepas empat tahun.
Peluang untuk beraksi bersama kelab yang masih mencabar kejuaraan, Chelsea adalah penyebab utama keputusannya dan Torres menjelaskan bahawa Blues berada satu tahap di atas Liverpool.
“Sejak musim panas lalu, saya sentiasa rasa perlu terus maju dalam karier saya, juga cita-cita saya sebagai pemain bola sepak.
“Saya menyertai pasukan yang berada pada tahap tertinggi. Tiada lagi satu tahap lain selepas Chelsea,’’ katanya dalam laman web Chelsea.
Torres sudah lama berada dalam kesengsaraan dengan kelebihan Blues, yang menjaringkan tujuh gol dalam lapan penampilan mereka ketika di Anfield.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong Chelsea kerana saya lihat mereka sangat gembira saya menyertai Chelsea.
“Jika mereka terus gembira sekali pun saya tidak menjaringkan gol apabila menentang Liverpool nanti, ia cukup baik,’’
P/S
Kalau sudah macam tu kenyataan kamu.. Jadi sama-samalah kita tgk ape yang berlaku nanti..


0 comments:
Post a Comment